Bintang ini ialah kelas pertama dalam kumpulan Bintang Kinabalu. Bintang ini dikurniakan kepada seseorang yang telah memberikan bakti dengan cemerlang kepada negeri Sabah selama beberapa tahun, lebih daripada kejayaan biasa yang dikehendaki daripadanya, semasa ia menjalankan tanggungjawabnya yang tidak berapa tinggi taraf kedudukannya dalam masyarakat dan juga dalam pekerjaan. Pengurniaan bintang ini tidak terhad bilangannya.